Spring 2020 - Fiqh Mudah & Ringkas: Pengenalan pada Ibadah - Semester A 2020

Kategori kursus: Pengetahuan Islam ~ Tahap 1

Kod kursus: FQH 101M

Guru: Anse 'Alimatunnisa Abdul Ghani

Tempoh: 1 penggal (15 minggu)

Tarikh: Januari 22 - April 29 2020

Jadual: Rabu, 8 malam, waktu Malaysia.

Kelas akan dikendalikan selama 1 jam. Para pelajar tidak diwajibkan menghadiri sesi siaran langsung live tetapi sangat digalakkan. Rakaman sesi akan dimuatnaikkan bagi pelajar yang tidak dapat hadir sesi live.

Syarat kemasukan pelajar: Wanita berumur 17 tahun ke atas.

Kandungan kursus: Pengenalan ringkas dan mudah kepada Fiqh Shafi'i (sesuai bagi pelajar yang baru hendak mengenali Fiqh), kursus ini akan membentangkan asas ibadah, bersuci, solat dan puasa. Kursus ini juga akan membantu pelajar-pelajar untuk mengingat kembali dan mempersiapkan diri untuk Ramadhan.

Syarat Kursus: Pelajar dikehendaki menghadiri sesi kuliah Online seminggu sekali, menyelesaikan tugasan yang diberikan, baca bahan-bahan yang diberikan, menyelesaikan kerja rumah, mengulangkaji dan menduduki ujian di akhir penggal.

Yuran pendaftaran: tidak akan dikembalikan dan tidak boleh dipindahkan kepada orang lain.

USD 50.00 (tidak termasuk kos bahan pembelajaran).

Klik untuk maklumat lanjut tentang yuran pendaftaran dan dasar kami: Pembayaran & Dasar Pendaftaran

Buku teks: Tiada buku bagi kursus ini tetapi Nota mingguan akan disediakan.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi ribaatmalay@rabata.org